Monday 18 April 2016

Jenis-jenis PLASTIK dan yang mana selamat untuk penggunaan kita

Perasan tak simbol segitiga di bahagian bawah botol minuman plastik tu? Tahu tak apa maksudnya? Itu bukan simbol kitar semula tau...ia petunjuk kepada kita berkenaan BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut.

 Dulu saya ingat nombor-nombor tu mewakili berapa kali boleh pakai. Ternyata ianya SALAH! Kod nombor ini menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu produk sampingan dari bahan Petroleum).


 
Kod-kod ni selalu anda boleh jumpa kat botol-botol plastik. Contohnya botol air mineral atau minuman lain yg anda beli, bekas-bekas plastik yg digunakan dirumah, bekas tau fu fa yang anda beli kat pasar malam malahan kat botol susu anak anda. Perasan kan?

 
JENIS PERTAMA
Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.
 
JENIS KEDUA
Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.
 
JENIS KETIGA
PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT
Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.
 
JENIS KELIMA
Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.
 
JENIS KEENAM
Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH
Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon
 
Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego.
 

Nampak dengan jelas tak bahaya pengunaan plastic ni pada badan manusia? Nasib baik ade TUPPERWARE. Nak tahu sebab apa? sebab Tupperware mengunakan plastic jenis ke 5. Yeay
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment